Jumat, 04 Januari 2019

#CEK DISINI #PERIBAHASA MELAYU DAN ARTINYA  DI MULAI DARI HURUF A ( BAGIAN KE-4)

- Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair. Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih.
- Anjing bercawat ekor.Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya.
- Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
- Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
- Anjing diberi makan nasi takkan kenyang. Sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat.
- Anjing ditepuk menjungkit ekor.Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.
- Anjing galak, babi berani.Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras.
- Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang.Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu.
- Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis. Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
- Anjing kepada orang, raja kepada kita.Buruk baik anak sendiri juga.
- Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
- Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah.Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.
- Anjing terpanggang ekor.Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari.
- Anjing tiada bercawat ekor. Sesuatu yang hina dan tiada berguna.
- Anjur surut bak bertanam.Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan.
- Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras.Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya.
- Antan patah, lesung hilang. Kemalangan yang bertimpa-timpa.
- Antara dua tengah tiga.Sakit hampir mati.
- Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar. Susah hati dapat mengubah perangai seseorang.
- Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat.Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.
- Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan.
- Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya.Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami.
- Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya.

KATA KUNCI TERKAIT :
Peribahasa melayu bergambar,pepatah melayu tentang ilmu,peribahasa melayu tentang cinta,peribahasa melayu riau,peribahasa melayu motivasi,peribahasa melayu tentang adat,pepatah melayu tentang kawan,peribahasa melayu tentang rindu,peribahasa indonesia,peribahasa bergambar kata mutiara melayu,kamus peribahasal engkap dengan artinya,peribahasa melayu,cinta,pepatah,melayu cinta.
SUMBER :ms.wikipedia.org

0 komentar

Posting Komentar